Friday 6 September 2019

Dasar Ekonomi Baru, 1971

Nama Ahli Kumpulan : 

1.Nur Umairah Binti Martang (S01SSK18F044)

2.Nur Nazieerah Binti Hamid (S01SSK18F040)


Nama Pensyarah : 

Nur Angriani Binti Nurja





                                 PENGHARGAAN :




Bismillahirahmanirahim..

            Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

            Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami, Puan Nur Agriani Binti Nurja kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

            kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini.Mereka telah  memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami Berjaya menghabiskan tugasan ini.

            Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami uterakan kepada mereka.

            Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

Hasil carian imej untuk IMEJ DASAR EKONOMI BARU 1971

 PENGENALAN :

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia Kedua pada tahun 1970 selepas negara dikejutkan dengan peristiwa 13 Mei 1969. Siapa sangka bahawa peristiwa rusuhan kaum ini merupakan kejutan sosiopolitik terhadap kehidupan masyarakat majmuk di negara kita yang dipisahkan jurang sosioekonomi yang sangat ketara oleh penjajah tanpa diatasi sepenuhnya pemimpin terdahulu. Atas dasar demi kemakmuran dan keamanan yang perlu dikekalkan, maka kerajaan mengambil telah langkah bijak dengan usaha mengagihkan kekayaan negara kepada semua kaum terutama kaum bumiputera yang jauh ketinggalan dalam menikmati kemakmuran dalam negara sendiri menerusi DEB. DEB merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama yang meliputi tempoh antara tahun 1970-1990 melalui:

  • Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
  • Rancangan Malaysia Ketiga (1976- 1980)
  • Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
  • Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990 )

Bagaimana pun, masyarakat bukan bumiputera juga tidak dinafikan hak mereka. Dalam pelaksanaan DEB, konsep serampang dua mata sangat popular digunakan kerana terdapat dua matlamat yang digariskan dalam dasar ini iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat di negara kita. Kedua-dua matlamat ini mempunyai tuju arah yang satu iaitu mengintegrasikan masyarakat majmuk Malaysia.


Hasil carian imej untuk IMEJ DASAR EKONOMI BARU 1971

LATAR BELAKANG :

 Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar. Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan. 



         PENERANGAN TERPERINCI  :



STRATEGI PELAKSANAAN :

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata: 

I. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

II. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. 

Imej yang berkaitan



MEMBASMI KEMISKINAN :


 Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya: 

I. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat         yang menganggur.

 II. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan. 

III. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor              yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih               lumayan. 

IV. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum              antara kawasan bandar dan luarbandar dan antara  wilayah.

V. Memodenkan kehidupan di luarbandar

VI. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan                       bumiputera.

VII. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan                         komposisi kaum di Malaysia.

VIII.Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui                          pelajaran,latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan  infra-              struktur dan lain-lain.

Hasil carian imej untuk IMEJ DASAR EKONOMI BARU 1971



PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT :


 Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di Negara ini , di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30% , 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun : 

I. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan         miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar. 

II. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur            guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara  yang                 progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya                 supaya    pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh                           mencerminkan bilangan kaum.

 III. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat                     Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan                 pertumbuhan ekonomi. 

IV. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan per industrian       di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat         membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan        menubuhkan beberap agensi saperti MARA, Bank                            Pembangunan,Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional.

 V. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui       pembangunan wilayah baru seperti :                                                  DARA,KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.



KESIMPULAN :



Penutup Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan Negara melalui prosespembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan Negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.


SUMBER RUJUKAN :